suria

Polis Tahan 22 Suspek, Rampas Wang Tunai, Cip Judi Bernilai RM136,399

PETALING JAYA: Polis merampas wang tunai dan cip judi bernilai RM136,339 dan menahan 22 kaki judi dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Mutiara 2, Kajang.

Dalam Ops Dadu yang dilakukan antara pukul 8 malam dan 2 pagi Sabtu itu, suspek ditahan dalam kediaman tiga tingkat itu.

Suspek berusia antara 20 dan 66 tahun.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, suspek direman empat hari sehingga Rabu.

"Dalang sindiket ini sedang disoal siasat," katanya.

Ketika serbuan dilakukan, RM19,750 ditemui di meja judi, manakala RM56,649 lagi pada suspek.

Keseluruhannya 140 cip judi bernilai RM60,000, meja, kerusi serta 32 domino turut dirampas.

Polis percaya kumpulan ini sudah beroperasi sejak sebulan lalu.

Artikel Sebelum

BN Tetap Kukuh - Najib

Artikel Lain