suria

BN Tetap Kukuh - Najib

Najib Tun Razak.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional tetap kukuh walaupun beberapa pemimpin parti itu memilih untuk bekerjasama dengan pembangkang.

Tanpa menamakan mana-mana individu, Najib berkata golongan itu merupakan mereka yang mudah lupa dengan prinsip perjuangan Barisan Nasional.

"Namun semalam (Sabtu), saya lihat perikatan tetap kukuh dan setia kepada perjuangan di kalangan ahli-ahli Parlimen BN.

"Insya-Allah, kita akan terus melaksanakan tanggungjawab kami dalam BN yang diamanahkan oleh rakyat," katanya dalam satu kenyataan dalam Facebook pada Ahad.

Najib merujuk kepada mesyuarat pre-council sebelum Parlimen mula bersidang di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau turut memuat naik sekeping gambar bersama dengan beberapa pemimpin BN semasa mesyuarat tersebut.

Pada Jumaat lalu, Timbalan Presiden Umno yang digantung Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersama dengan Tun Dr Mahathir dan 45 ahli politik lain serta aktivis menandatangani satu deklarasi 'Selamatkan Malaysia.'

Deklarasi itu bertujuan menuntut peletakan jawatan Najib dan menolak semua pemimpin yang menyokong beliau.

Najib Tun Razak, BN, Umno

Artikel Lain