suria

Empat Mayat Ditemui Rentung Selepas Kereta Dihempap Treler

Anggota polis mengangkat mayat yang ditemui di bawah treler untuk dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Foto: Bernama

IPOH: Empat mayat ditemui rentung dalam sebuah kereta yang dipercayai dihempap sebuah treler di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah ke selatan selepas Terowong Menora.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata mayat ditemui kira-kira pukul 11 pagi Jumaat ketika kerja-kerja mengalih sebuah treler yang terbabas dan terbakar dilakukan awal pagi tadi.  



"Pagi ini ketika tren hendak mengangkat treler itu, turut ditemui sebuah kereta yang sudah terbakar," katanya.

Beliau berkata kebakaran treler tersebut turut menyebabkan kira-kira 0.8 hektar kawasan hutan di tepi lebuh raya itu. 



Sum berkata pihaknya turut menyiasat laporan mengenai kes orang hilang yang dibuat di Kuala Terengganu.

Beliau berkata laporan itu menyatakan sebuah keluarga yang dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah menuju Terengganu masih belum tiba ke destinasi yang dituju.

"Kita tidak tahu sama ada laporan itu ada kaitan atau tidak dengan terjumpanya kereta berkenaan," katanya.

Artikel Lain