Trek Lumba Motosikal: KPN Bertemu Menteri

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi membincangkan mengenai cadangan penyediaan trek perlumbaan motosikal di ibu kota.

Beliau berkata perjumpaan itu bagi mendapatkan maklumat terperinci berhubung cadangan tersebut.

"Saya percaya beliau ada alasan-alasan tertentu ... saya akan mendengar pandangan beliau.

"Masalah rempit ini seolah-olah tiada penghujung, pelbagai tindakan pihak penguatkuasa telah ambil, anak-anak muda kita masih suka merempit, lumba tengah malam, so apa-apa pun saya akan berjumpa dengan YB (Tengku Adnan) dulu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, Rabu.

Isnin lepas, Tengku Adnan mencadangkan untuk menyediakan trek perlumbaan motosikal di kawasan tertentu di ibu kota bagi memenuhi kehendak dan minat anak muda.

Dalam perkembangan lain, Khalid mencadangkan individu yang melakukan kesalahan membawa kenderaan tanpa lesen dan pemilik kenderaan yang meminjamkan kenderaan kepada pemandu yang tidak berlesen, didakwa di mahkamah.

"Kita tidak mahu kenakan kompaun lagi ... kerana antara punca kemalangan maut, cedera parah adalah disebabkan oleh mereka yang memandu kenderaan tanpa lesen.

"Cadangan ini adalahperlu dalam memberi pengajaran ... kita nak cadang undang-undang ini," katanya.

Menyentuh mengenai catatan kontroversi di blog Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, Khalid berkata polis akan merakam percakapan bekas perdana menteri itu hari ini, namun beliau tidak mendedahkan lokasi rakaman.

Katanya polis menjalankan siasatan terhadap Dr Mahathir berikutan beberapa laporan polis dibuat terhadap beliau.

Polis, Motosikal

Artikel Berikut

Dadah: Peniaga Terlepas Tali Gantung

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain