suria

Ibu Terus Rayu Pengampunan Untuk Shahrul Izani

KLANG: Shahrul Izani Suparman belum pasti bilakah hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan ke atasnya akan dilaksanakan.

Namun Sapenah Nawawi,58, tidak pernah berputus ada mencuba pelbagai usaha agar hukuman mati yang dikenakakan ke atas anaknya yang kini berusia 32 tahun itu dapat diringankan kepada penjara seumur hidup.

Dia telah memohon rayuan kepada lembaga pengampunan, Peguam Negara, Raja serta Sultan Selangor.

"Sangat seksa apabila mengetahui seorang anak akan mati, tetapi lebih menderita apabila tidak tahu bila akan dilaksanakan," jelasnya mengenai tarikh hukuman mati belum ditetapkan.

Sapenah berkata, dia telah memohon kepada pihak berkuasa penjara, namun masih belum menerima sebarang jawapan.

Pada 2003, Shahrul Izani yang ketika itu berusia 19 tahun ditahan polis ketika sekatan jalan raya kerana membawa  622 gram kanabis.

Pada Disember 2009, dia didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Abang sulungnya Soffhian Soffree, 36, berkata Shahrul seorang yang suka membaca dan sentiasa memantau berita mengenai tahanan lain yang mendapat pengampunan.

"Setiap kali kami melawat Shahrul, dia akan bertanya soalan yang sama: 'Adakah mereka sudah menjawab?'"katanya.

Setelah rayuan di hadapan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, peluang Shahrul untuk tidak ke tali gantung hanyalah melalui pengampunan.

Keluarganya turut meminta bantuan Amnesty International Malaysia untuk kempen pengampunan Shahrul Izani ini.

Amnesty International mengumpul tandatangan untuk merayu kepada lembaga pengampunan negeri lembaga Selangor, menggesa meringankan hukuman mati itu.

Pengarah Eksekutif Amnesty Shamini Darshni berkata Malaysia adalah antara 58 negara masih mengamalkan hukuman mati dan mempersoalkan keberkesanannya untuk menghalang pengedaran dadah.

Menurut statistik 2014 , sebanyak 70 peratus daripada 992 orang dijatuhkan hukuman mati di Malaysia kerana mengedar dadah.

Artikel Sebelum

Artikel Lain