suria

Pelanggan BSN Dinasihat Buat Bayaran Balik Sebelum 29 Februari

PETALING JAYA: Pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN) dinasihatkan membuat pembayaran balik melalui kaunter dan secara dalam talian sebelum 29 Februari ini.

Kenyataan yang dikeluarkan BSN memaklumkan, ia berikutan pelaksanaan kerja-kerja naik taraf sistem bagi meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan.

Sehubungan itu, perkhidmatan perbankan bagi bayaran balik pembiayaan/pinjaman BSN dijangka terganggu secara berkala buat sementara waktu bermula 1 Mac ini.

Sebarang transaksi bayaran balik untuk pinjaman / pembiayaan (peribadi, perumahan, sewa beli dan pembiayaan mikro) dalam tempoh gangguan berkenaan kelak boleh dibuat menerusi perkhidmatan mesin pengeluaran wang automatik (ATM), mesin deposit tunai (CDM), gabungan Giro Antara Bank (IBG), dan arahan tetap (SI).

Semua transaksi yang dilakukan dalam tempoh berkenaan akan dikemaskini dalam sistem selepas 6 Mac 2016. 

Bagaimanapun, perkhidmatan lain tidak terjejas.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari www.mybsn.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 1-300-88-1900.

BSN, ATM, mikro

Artikel Lain