suria

Bekas Ahli Parlimen Ayer Hitam MCA Meninggal Dunia

Lim Kit Siang

GEORGE TOWN: Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Dr Hee Tien Lai meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah hospital swasta pada Ahad.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam blognya berkata, Dr Hee yang merupakan rakan sekelas beliau ketika belajar di Sekolah Tinggi Batu Pahat telah meninggal dunia awal pagi Ahad selepas menghadiri perjumpaan ulang tahun ke-75 di sebuah hotel di sini pada Sabtu malam.

"Beliau adalah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada tahun 1982 dan seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk Ayer Hitam ( MCA) di Johor.

"Kami juga rakan sekelas bersama seorang bekas menteri dan duta Datuk Mustapha Mohamed," katanya.

"Dr Hee telah berhijrah ke Australia dan berjaya dalam bidang perubatan. Mendiang  meninggalkan seorang isteri, Datin Loke Siew Chin, tiga orang anak perempuan dan lapan cucu, " katanya.

Kira-kira 900 tetamu termasuk keluarga, rakan-rakan , ahli-ahli DAP dan juga beberapa tetamu khas termasuk Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan presiden Amanah Mohamed Sabu hadir pada majlis hari jadi Lim.

Dr Hee Tien Lai, MCA, Meninggal dunia

Artikel Lain