suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan Tutup Mulut Rakyat - Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa berkata Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu terbuka menerima kritikan selagi ia dilakukan dengan tertib dan berniat baik.

Tegas Ketua Penerangan Umno itu, kerajaan perlu menggalakkan rakyat untuk terus bersuara untuk kepentingan rakyat dan negara.

"Kita perlu terbuka, saya tak setuju untuk halang orang bercakap dan kritik. Saya suka tengok rakyat mengkritik.

"Tapi kritik dengan kaedah tertentu, bukan dengan dendam peribadi. Kita kena galakkan rakyat mengkriti kerana ia sebagai peringatan. Kita kena meraikan kritikan rakyat," katanya dalam satu temubual bersama mStar Online di sini.

Annuar Musa, Umno

Artikel Lain