suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elak Ditahan, Anggota Rela Rempuh Kereta SPRM Ketika Cuba Larikan Diri

SEREMBAN: Bimbang ditahan selepas menerima rasuah, seorang anggota Rela yang menyamar sebagai pegawai Imigresen bertindak merempuh kenderaan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang Jumaat, suspek lelaki berusia 38 tahun yang menaiki Proton Wira Aeroback itu ditahan di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Seremban 2.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata suspek dipercayai telah meminta rasuah sebanyak RM2,000 bagaimanapun telah menerima rasuah sebanyak RM800 daripada seorang peniaga perabut berusia 37 tahun. 

"Rasuah itu untuk tidak mengambil tindakan ke atas pekerja pengadu warga Pakistan yang dikatakan menyalahgunakan permit kerja.

"Suspek telah menerima rasuah sebanyak RM500 semalam dan hari ini sebanyak RM300," Katanya kepada Bernama di sini, Jumaat. 

Beliau berkata kes mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.--Bernama


SPRM, Rela, Shaharom Nizam Abd Manap

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain