suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Asing Diserang Papagomo Sedang Dikesan - KPN

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan individu yang diserang oleh penulis blog Papagomo bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu baru-baru ini.

Serangan itu terakam dalam video berdurasi empat minit yang menjadi viral di media sosial. 

Menyatakan demikian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengulas tindakan menyerang individu berkenaan, dipercayai warga Pakistan. 

Khalid berkata, "Tiada sesiapa pun boleh mendahului undang-undang. Bukan sahaja warga asing, binatang pun tidak boleh dipukul.   

"Kalau betul lelaki dalam video itu melakukan gangguan seksual terhadap dua adik perempuannya, Papagomo perlu membuat aduan. Negara kita ada undang-undang," kata Khalid di sini, Isnin.

Baru-baru ini, satu rakaman video diviralkan di media sosial menunjukkan Papagomo menampar, menumbuk dan menendang seorang lelaki kerana dikatakan melakukan gangguan seksual terhadap dua adik perempuannya.  

Terdahulu, Khalid menyempurnakan majlis penutup Kursus "Training of Trainers, Bahaya Militan Islamic State" yang disertai 50 peserta termasuk pensyarah universiti, ahli akademik dan pegawai kerajaan. - Bernama

Papagomo

Artikel Lain