Parti Komponen BN Jaga Kepentingan Kaum Perkara Biasa - Ismail Sabri - Semasa | mStar

Parti Komponen BN Jaga Kepentingan Kaum Perkara Biasa - Ismail Sabri

Ismail Sabri Yaakob.

BERA: Setiap parti komponen Barisan Nasional (BN) memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing adalah perkara biasa, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ini kerana objektif asal penubuhan parti komponen BN seperti Umno, MCA mahupun MIC, antara lain bertujuan membela nasib kaum sendiri.

"Kita kena memahami peranan penubuhan parti yang mana sekiranya Umno tidak berjuang untuk orang Melayu begitu juga MCA tidak memperjuangkan orang Cina dan MIC tidak memperjuangkan nasib orang India, ia sudah tidak relevan," katanya kepada pemberita selepas berkunjung ke Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang bersempena Tahun Baharu Cina, di sini Isnin.

Sebelum itu, Ismail Sabri yang merupakan Anggota Parlimen Bera turut mengunjungi beberapa rumah terbuka masyarakat Cina di daerah ini.

Beliau berkata, walaupun memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing, Umno, MCA dan MIC tetap terus bersatu di bawah BN dengan pendekatan toleransi.

Ismail Sabri berkata, sehubungan itu masyarakat diminta jangan mudah sensitif apabila sesebuah parti itu dilihat cuba memperjuangkan sesuatu untuk kaum sendiri.

Beliau berkata, perbezaan agama dan budaya bukan penghalang untuk penyatuan kaum di negara malah ia dianggap sebagai satu kelebihan untuk merapatkan lagi hubungan satu sama lain.

"Perbezaan boleh merapatkan lagi hubungan kalau kita saling memahami dan bertoleransi antara satu sama lain," katanya. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain