suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Suspek Ditahan Polis Selepas 20 Minit Samun Kedai Serbaneka 24 Jam

SHAH ALAM: Dua lelaki ditahan polis selepas kira-kira 20 minit menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Taman Berkeley, Klang, dekat sini Isnin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata, kedua-dua suspek berusia 45 tahun itu ditahan 9.30 pagi selepas pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai sebuah kereta mencurigakan tanpa nombor pendaftaran dipandu di Kampung Baru Hicom, di sini.

"Selepas melihat kenderaan polis, mereka bertindak memecut laju kenderaan mereka untuk cuba melarikan diri, suspek turut dilihat membuang sejumlah wang tunai di tepi jalan.

"Kedua-dua suspek akhirnya berjaya ditahan dan pemeriksaan lanjut polis ke atas kenderaan itu menjumpai tiga batang kayu hoki dan besbal yang dipercayai digunakan sebagai senjata untuk menyamun," katanya dalam satu kenyataan, Isnin.

Shafien berkata, siasatan awal mendapati kereta terbabit milik seorang daripada suspek terbabit. - Bernama

Artikel Berikut

Ikan Paus Terdampar Di Pontian

Artikel Lain