suria

Pertunjukan Wajah Berubah-Ubah Dari Snow Monkey

KUALA LUMPUR: Penghibur Snow Yap Zuo Yun, menganggap semangat Tahun Monyet membuatkan hidupnya menjadi tumpuan.

Yap merupakan penghibur sepenuh masa yang berpengkalan di Kuala Lumpur menggunakan gelaran Snow Monkey ketika membuat pertunjukan mengubah pelbagai wajah serta aksi silap mata di pentas.

Malah dia juga mempunyai kemahiran wushu.

Yap turut mempunyai kostum Raja Monyet yang diperbuat di China berharga RM2,500.

Minatnya dalam bidang silap mata dan persembahan tradisional ini ketika mempelajari kungfu pada usia tiga tahun.

"Dengan pertunjukan silap mata itu, saya dapat menambah duit poket," katanya.

Jelas Yap, dia amat tertarik dengan persembahan tradisional Cina.

"Ketika saya melihat satu persembahan rombongan dari China, saya tahu ia adalah sesuatu yang perlu saya pelajari," jelasnya.

Walaupun mendapat bantahan daripada ibu bapanya untuk melibatkan diri dalam bidang ini, Yap ketika itu berusia 9 tahun tetap bertekad dan mengupah seorang guru dari Sichuan untuk mengajarnya.

"Ketika itu saya sudah ada simpanan sendiri hasil daripada pertunjukan silap mata sebelum itu, dan beberapa orang kawan silap mata senior turut meminjamkan wang mereka agar saya dapat belajar mengenainya," jelasnya.

Seni persembahan 'berubah wajah' tradisional Cina (bian lian dalam bahasa Cina) adalah sebahagian daripada opera Sichuan yang berada di bawah naungan opera Cina,
Han.

Yap lebih selesa dengan membuat pertunjukan yang berunsurkan budaya Cina seperti aksi muka berubah-ubah bagi menampakkan persembahannya itu 'hidup' ketika di atas pentas.

"Saya hanya mahu generasi muda dapat menghargainya," katanya.

Thaun Monyet, Snow Monkey

Artikel Sebelum

Artikel Lain