suria

Lebih 100 Skru Ditemui Di Lokasi Perhimpunan Penyokong Mukhriz

ALOR SETAR: Sejumlah skru ditemui di tempat letak kereta di Stadium Darul Aman sebelum berlangsungnya perhimpunan melibatkan penyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Penyokong Menteri Besar Kedah itu dijangka mengadakan perhimpunan di stadium itu pada malam Isnin.

Skru berkepala rata merah berukuran lapan sentimeter panjang ditemui di sekitar kawasan tempat meletak kereta yang boleh memuatkan sehingga 50 kenderaan.

Seorang pekerja stadium yang mahu dikenali sebagai Zali, 35 telah mengumpul semua skru berkenaan dan meletakkannya dalam beg plastik kecil.

"Dalam masa setengah jam saya dapat mengumpul lebih 100 skru," katanya.

Beberapa peniaga pasar malam turut membantu Zali mengutip skru berkenaan.

Pemeriksaan The Star di lokasi mendapati banting menyokong Mukhriz direntang antara dua pokok di tempat letak kereta itu.

Bagaimanapun, angin yang bertiup kencang telah merosakkan banting itu.

Beberapa anggota Rela yang bertugas di lokasi kejadian berkata, kebanyakan banting tidak diikat dengan kuat menyebabkan ia berjuntai.

Malahan, ia juga dikatakan boleh membahayakan pengguna jalan raya.

Artikel Lain