suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak Perempuan Maut Dilanggar Ibu Secara Tak Sengaja

KOTA KINABALU: Seorang wanita yang sedang berada dalam kereta secara tidak sengaja melanggar anak perempuannya yang berusia empat tahun sejurus selepas menghantarnya ke sekolah tadika, pagi Isnin.

Seorang guru dan dua murid lain turut cedera dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu.

Dipercayai bahawa wanita berusia 36 tahun itu baru sahaja menurunkan anak perempuannya apabila dia dengan tidak sengaja memijak pedal pemecut dan merempuh mangsa.

Anak perempuannya telah dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia akibat kecederaan kira-kira pukul 10.10 pagi manakala mangsa-mangsa lain, seorang guru berusia 25 tahun, budak perempuan berusia enam tahun serta budak lelaki berusia lima tahun dirawat kerana mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata guru itu patah pinggul dan mengalamai pendarahan dalam perut dan kanak-kanak lelaki itu cedera di paha.

"Kanak-kanak perempuan itu cedera ringan," kata beliau sambil menambah ibu mangsa tidak mengalami kecederaan.

Kes itu disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan.
langgar anak, kemalangan, M. Chandra

Artikel Lain