suria

Apa Pun Cadangan, PRN Hanya Diadakan Selepas DUN Bubar - SPR

Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah
KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata sesiapa sahaja boleh memberi cadangan mengenai tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Namun katanya mengikut peruntukan SPR, proses pilihan raya hanya akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

"Selagi DUN tidak dibubarkan, SPR tidak akan menentukan tarikh pilihan raya kerana tugas berkaitan pilihan raya hanya bermula selepas itu termasuk urusan tarikh penamaan calon dan pengundian.

"Itu sahaja maklum balas SPR berkaitan kenyataan itu," katanya kepada Bernama malam Jumaat.

Beliau mengulas mengenai cadangan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem malam ini bahawa beliau memilih mengadakan Pilihan Raya Negeri ke-11 pada 30 April depan, manakala tarikh penamaan calon pada 18 April.

Artikel Berikut

Krisis MB Kedah Kian Berakhir

Artikel Lain