suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja Indah Water Maut Terkena Renjatan Elektrik

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja Indah Water Konsortium maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan penyelenggaran di loji syarikat itu di Taman Cheras Utama, di sini, Jumaat.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan pada 5.09 petang dan mangsa dikenali sebagai Muizzudin Baharin, 25.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat," katanya.

Menurutnya enam anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang terlibat dalam operasi itu.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Willey Richard berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa sedang membuat kerja penyelenggaraan di loji berkenaan.

"Menurut saksi, mangsa sedang membuat kerja penyelenggaraan bersama dua lagi rakan sekerjanya dan secara tiba-tiba terkena renjatan elektrik di loji itu," katanya sambil menambah seorang pekerja kemudiannya menghubungi pihak berkuasa mengenai kejadian itu.

Willey berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital. - BERNAMA

Artikel Lain