suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kenaikan Gaji Tahunan Penjawat Awam Julai Ini Diteruskan - PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan pelaksanaan satu kenaikan gaji tahunan kepada 1.6 juta penjawat awam pada 1 Julai tahun ini akan diteruskan, seperti yang dijanjikan dalam Bajet 2016.

Selain itu, beliau berkata kerajaan tidak akan memberhentikan mana-mana penjawat awam, termasuk golongan lantikan secara kontrak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan meneruskan langkah perbelanjaan berhemat dengan mengutamakan program dan projek yang berimpak tinggi berpaksikan falsafah ekonomi rakyat.

Ini, tidak akan melibatkan emolumen kakitangan awam, pencen pesara dan tidak akan menjejaskan mekanisme penyampaian kerajaan, katanya pada Majlis Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016 di sini Khamis. - BERNAMA

kenaikan gaji, penjawat awam

Artikel Lain