suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Kemboja Maut Terjatuh Dalam Tangki Najis

SHAH ALAM: Seorang lelaki warga Kemboja berusia 53 tahun maut selepas terjatuh dalam lubang tangki pembetung najis di rumahnya di Jalan Tengku Kelana, Taman Sri Istana, Klang, dekat sini, Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata mangsa, Mohamath Sofiyen ditemui tidak sedarkan diri di dalam tangki sedalam satu meter kira-kira pukul 3.15 petang tadi.

Mangsa bersama seorang rakan warga tempatan dipercayai melakukan kerja pembersihan di tangki berkenaan.

"Bomba yang mendapat maklumat dari rakan rumahnya terus bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

"Pihak bomba mengangkat mangsa dari dalam tangki tersebut dan mangsa dipercayai telah meninggal dunia akibat lemas selepas dipercayai terhidu sejenis bau," katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, mayat Mohamath telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk dibedah siasat.-- Bernama


Artikel Lain