suria

"Saya Perlukan Masa Teliti Bukti SRC International" - Apandi

Mohamed Apandi Ali.

KUALA LUMPUR: Dengan lebih 100 saksi diambil keterangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MBD), SRC International, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata beliau memerlukan masa untuk meneliti bukti yang dikumpul.

"Ia satu longgokan yang besar, lebih tinggi daripada saya.

"Saya boleh beri jaminan kepada anda saya akan meneliti bukti tersebut secara terperinci, jadi saya perlukan masa," katanya.

SPRM telah melengkapkan siasatan terhadap SRC International mengenai dana RM4 bilion dan sudah menyerahkannya kepada Peguam Negara.

Apandi berkata persepsi orang ramai terhadap campur tangan dalam siasatan itu dibuat berdasarkan maklumat dan fakta yang tidak tepat.

Beliau menegaskan penahanan dan siasatan ke atas beberapa pegawai SPRM dilakukan kerana laporan polis dibuat berhubung kebocoran maklumat.

"Tiada penahanan untuk menghentikan siasatan. Terdapat percanggahan fakta tapi saya lebih mengetahui mengenai fakta-fakta ini," katanya.

Mohamed Apandi Ali, SPRM

Artikel Sebelum

Polis Melaka Tahan 'Bonda Ratu'

Artikel Lain