suria

Budak 21 Bulan Terperangkap 30 Minit Dalam Kereta

Kejadian kanak-kanak terperangkap sejam dalam kereta di Kepala Batas, Rabu.

IPOH: Anggota Bomba dan Penyelamat terpaksa memecahkan cermin sisi kanan sebuah kereta bagi menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia setahun sembilan bulan yang terperangkap di dalam kenderaan itu di Taman Bemban Awam, Batu Gajah petang Khamis.

Kejadian ini berlaku sehari selepas seorang kanak-kanak di Taman Bertam Indah, Kepala Batas mengalami nasib sama pada Rabu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah Halid Md Zin berkata anggotanya mengambil masa seminit untuk memecahkan cermin itu bagi mengeluarkan Ahmad Furqan Mohd Azizul yang terperangkap hampir setengah jam selepas tertekan kunci keselamatan pintu kereta itu.

Kejadian itu berlaku ketika Ahmad Furqan ditinggalkan sementara di dalam kenderaan itu ketika ibunya menutup pintu pagar rumah, katanya kepada Bernama ketika dihubungi, Jumaat.

Halid berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.14 petang dan tiba di tempat kejadian tiga minit kemudian sebelum anggotanya mengambil masa seminit bagi memecahkan cermin kereta berkenaan.-- Bernama


Artikel Berikut

Diikat Di Pokok Lepas Curi Coli

Artikel Lain