suria

Siasatan RM2.6 Bilion, SRC: Tiada Tarikh Akhir Ditetapkan - Apandi

Mohd Apandi Ali.

KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Mohd Apandi Ali berkata beliau memerlukan masa untuk mengkaji kertas siasatan berhubung wang derma RM2.6 bilion kepada perdana menteri dan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya perlukan masa kerana saya sibuk dengan perkara lain yang memerlukan perhatian segera saya sebagai peguam negara," katanya kepada The Star menerusi mesej WhatsApp pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB dan wang derma RM2.6 ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata pada 31 Dismber lalu bahawa suruhanjaya itu telah menyerahkan kertas siasatanya kepada AG pada tarikh tersebut - dua terhadap SRC dan satu lagi wang derma kontroversi bersama-sama tindakan yang disyorkan.

Shukri berkata SPRM sedang menunggu kelulusan AG bagi Bantuan Perundangan Bersama supaya mereka boleh meminta dokumen tertentu dan bukti yang melibatkan institusi kewangan di luar negara untuk melengkapkan siasatan terhadap wang derma itu.

Soalan: Apa tarikh akhir munasabah bagi Tan Sri untuk membuat keputusan yang dipertimbangkan dalam kes seperti ini?

Jawapan: Saya tidak boleh menetapkan tarikh akhir.

Soalan: Adakah anda merasa tertekan dalam membuat keputusan apabila anda membaca atau mendengar komen yang meramalkan keputusan anda?

Jawapan: Saya tidak merasa tertekan.

Terdahulu awal minggu ini, Apandi dipetik sebagai berkata dalam satu portal berita bahawa beliau tidak akan bertindak tanpa rasa takut dan pilih kasih.

Apandi berkata beliau akan mengkaji kertas siasatan tersebut mengikut undang-undang.

"Tiada siapa memberi tekanan kepada saya," katanya.

Apandi berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa beliau mengabaikan syor SPRM mengenai siasatan RM2.6 bilion itu dan SRC International Sdn Bhd.

Artikel Berikut

Artikel Lain