suria

Kritikan Dialu-alukan, Bukan Jatuhkan Institusi Perundangan - Ariffin Zakaria

KUALA LUMPUR: Tindakan mengkritik keputusan penghakiman kes tertentu adalah dibenarkan dan dialu-alukan, bukan menjatuhkan institusi ini, kata Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria.

Beliau menjelaskan, memberi dan menerima kritikan adalah sebahagian daripada tradisi perundangan.

"Tiada siapa yang ditahan atau didakwa kerana mengkritik penghakiman," katanya pada perasmian Perundangan 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Beliau berkata, biasanya orang ramai tidak membaca kertas penghakiman tetapi lebih gemar mengkritik.

Sebaliknya, kata Ariffin, beliau berharap masyarakat dan pihak perundangan meneliti penghakiman serta mengetengahkan sebarang kesilapan.

"Tetapi tiada yang melakukan sedemikian, sebaliknya memanggil kami dengan pelbagai nama," katanya.

Beliau berkata, hakim juga pernah dituduh sebagai bodoh dan tiada perasaan kerana terlalu lama berkhidmat di Istana Kehakiman.

"Jika ini yang berlaku, ia bukannya kritikan, tetapi menjatuhkan sistem perundangan negara," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain