suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penjawat Awam Ugut Bunuh Polis Guna WhatsApp Ditahan

KUANTAN: Polis menahan seorang penjawat awam petang Khamis kerana disyaki mengugut untuk membunuh seorang anggota polis menerusi aplikasi WhatsApp pada 22 Disember lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata suspek, kakitangan sebuah kolej berusia 37 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang kira-kira jam 5.45 petang Khamis.

"Suspek yang tinggal di Bandar Baru Sungai Lalang, Bedong, Kedah dipercayai telah melakukan ugutan bunuh ke atas seorang anggota polis yang bertugas di IPD Maran melalui aplikasi Whatsapp yang dikirimkan melalui telefon bimbitnya.

"Malah dalam kejadian jam 11.55 malam 22 Disember lalu, suspek turut melemparkan kata-kata kesat serta menghina pasukan polis," katanya kepada media di sini Jumaat.

Beliau berkata berikutan itu, mangsa yang merasa dirinya terancam telah membuat laporan polis di IPD Maran dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana mengugut.

Raja Shahrom berkata suspek dibawa ke IPD Maran dan ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Katanya, hasil ujian air kencing suspek turut mendapatinya positif dadah jenis syabu serta heroin.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya menghentikan perbuatan menggunakan aplikasi media untuk membuat ugutan, melemparkan fitnah dan penghinaan yang boleh menyebabkan individu diambil tindakan undang-undang. - BERNAMA

ugut bunuh, penjawat awam

Artikel Lain