suria

Nahas Bas: Upacara Pengebumian Diiringi Tangisan Selamat Tinggal

Ahli keluarga Tan Thin Thin tidak dapat menahan kesedihan ketika upacara pengebumian diadakan di bangunan Persatuan Hoon Cheow Tong di Jalan Sultanah, Batu Pahat, Jumaat. -fotoTHESTAR
BATU PAHAT: Empat daripada 13 mangsa yang terkorban dalam kemalangan bas Chiang Mai di Thailand telah melalui tiga upacara pengebumian secara berasingan di Pagoh.

Jasad guru besar bersara Wong Yoke Ying, 58, adalah yang pertama melalui upacara itu pada Jumaat.

Ahli keluarga tidak dapat menahan air mata sebaik sahaja keranda diletakkan di atas van jenazah di rumah pengurusan mayat Koon Yew  sebelum dibawa ke Pagoh, Muar untuk pembakaran mayat sekitar pukul 8.45 pagi.

Ia diikuti jasad ahli perniagaan berusia 56 tahun Ker Ah Hwee di mana dua anak lelakinya mengetuai rombongan untuk upacara pengebumian yang sama kira-kira pukul 9 pagi.

Di bangunan Persatuan Hoon Cheow Tong di Jalan Sultanah di sini, ia juga menyaksikan tangisan selamat tinggal oleh ahli keluarga Tan Thin Thin, 39.

Ahli keluarga, tua dan muda, cuba untuk menahan kesedihan mereka sebaik sahaja melihat keranda dibuka untuk kali terakhir sebelum ia ditutup untuk upacara pengebumian yang akan dijalankan.

Sementara itu, saudagar teh herba tradisional Lum See Seng, 63, yang juga meninggal dunia dalam kemalangan bas Chiang Mai diberi penghormatan terakhir Rumah Berhala Teng Ngee San Toh Tong di Jalan Tanjung Labuh di sini.


Semua jasad mereka dihantar ke Fairy Memorial Park di Pagoh untuk pembakaran mayat.

Tujuh lagi mangsa akan dibakar pada Sabtu.

Mereka adalah Tan Sui Heng, 54, Ker Bong Ngwang, 58, Low Chee Lan, 85, Chua Ah Kim, 56, Ong Pek Ming, 61, Png Ee Ting, 23, dan Teng Kian Min, 57.

Dua lagi mangsa, adik-beradik Ong Chui Hoe, 53, dan Ong Chai Hong, 58, akan dibakar pada Ahad.

Mereka terbunuh dalam kejadian tragis Ahad lalu apabila bas mereka jatuh ke dalam gaung sewaktu lawatan di utara Thailand.

Sembilan terselamat manakala 13 daripada mereka mati.

Artikel Berikut

Artikel Lain