suria

Cuti Panjang Saksikan Trafik Perlahan, Pusat Beli-Belah Padat

KUALA LUMPUR: Apakah akan berlaku apabila dua cuti umum berlaku berturut-turut diikuti dengan cuti hujung minggu semasa cuti sekolah?

Pusat beli-belah menjadi amat padat dengan manusia, manakala aliran trafik ke timur dan utara menjadi perlahan kerana masing-masing ingin pulang ke kampung.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuh Raya di PLUS Expressways memberitahu Bernama trafik juga terjejas dari Seremban ke Pedas/Linggi.

Beliau berkata laluan aliran kontra juga dibuka dari Sungkai ke Tanjung Malim tetapi trafik masih perlahan.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan keadaan yang sama di Lebuhraya Pantai Timur 1, Lebuhraya Pantai Timur 2 dan di plaza tol Bentong dan Gombak.

Situasi yang berlaku dengan cuti berturut-turut - Maulidur Rasul dan Hari Krismas turut disedari Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menulis di Twitter: "Tarikh secara kebetulan tetapi sambutan kelahiran Nabi Muhammad (semalam) & Jesus (hari ini) adalah satu peringatan untuk keamanan & keharmonian antara agama."

Dan rakyat Malaysia telah membuktikannya, seperti yang dapat dilihat dalam sebuah kedai roti di Batu Pahat yang dikunjungi pelbagai kaum.

Pekerja Tenaga Nasional Berhad Md Lani Mohd Tamar, 50, berkata singgah menikmati secawan kopi O dengan roti bakar di Kim Leng Cake House di Jalan Pegawai di sini sudah menjadi kemestian untuk dirinya.

Dia telah berkunjung ke kedai kopi itu sejak dua dekad yang lalu.

"Selain kopinya yang wangi, saya sukakan hakikatnya bahawa pelanggan di sini adalah berbilang kaum.

"Kami rakyat Malaysia sukakan makanan. Tidak salah menikmati kopi dan pastri antara satu sama lain," katanya.

Md Lani berkata dia sering membawa bersama dua anaknya untuk mendidik mereka mengenai keharmonian kaum.

Pekerja pembinaan Gan Wee Teck, 38, yang juga minum di situ dengan kawannya Omar Din, 40, berkata, mereka akan bertemu setiap hari di kedai itu di mana mereka akan berbual lebih dari satu jam.

Tuan punya kedai, Ho Koon Nam, 66, berkata dia mempelajari selok-belok perniagaan daripada bapa mertuanya yang pernah menjalankan perniagaan kedai kopi di Muar.

Selain pastri dan roti bakar harian, kedai itu juga menjual nasi lemak, mee goreng dan otak-otak.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tiada Hentian HSR Di Putrajaya

Artikel Lain