suria

"Saya Tak Pasti Jika Keluarga Baca Artikel Saya" - Marina Mahathir

PETALING JAYA: Datin Paduka Marina Mahathir sudah lama dikenali sebagai salah seorang kolumnis di akhbar The Star tetapi beliau tidak pasti sama ada ahli keluarganya adalah pembaca setia tulisannya.

Menjawab soalan sama ada beliau menghadapi sebarang tekanan dari rumah atau masyarakat berhubung penulisannya, aktivis sosial itu menjawab: "Di rumah tidak ada sebarang tekanan daripada keluarga. Saya rasa kerana mungkin kebanyakannya mereka tidak membaca ruangan saya, jadi mereka tidak tahu apa yang saya katakan. “

"Tak apa, biar saja macam tu,” katanya sambil ketawa semasa pelancaran buku Dancing on Thin Ice yang menghimpunkan artikel beliau yang telah diterbitkan di ruangan Musings dalam akhbar The Star,  kebanyakannya sejak 2012.

Bersama dengan Marina, yang juga anak perempuan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pada pelancaran itu ialah ibunya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Pengarah Berjaya Books Sdn Bhd Hishammudin Hasan dan Pengarah Editorial Editions Didier Millet Martin Cross.

Marina, yang telah menulis dalam akhbar The Star sejak 1991,berkata, bagi beliau, ia adalah satu tanggungjawab untuk mengatakan apa yang perlu dikatakan.

Bagaimanapun, dalam penulisannya beliau merasakan bahawa beliau masih perlu belajar untuk berhati-hati.

"Saya tidak fikir saya mempunyai perlindungan khusus dalam apa jua cara. Saya tidak pernah bermalam di lokap tetapi saya rasa ia adalah kerana cara saya menulis.

"Saya rasa saya telah membangunkan satu kaedah untuk mengatakan perkara-perkara dalam cara menyentuh permukaannya sahaja.

"Saya rasa ramai yang faham pandangan saya. Kebanyakan mereka tahu apa yang saya cuba untuk sampaikan, “katanya.

Kemudian, ketika ditanya mengenai ancaman terhadap jurucakap G25 Datuk Noor Farida Ariffin, Marina berkata, kenyataan kumpulan itu telah diputarbelit.

"Malah mereka (pengkritik) perlu memberi fokus kepada isu-isu yang lebih penting yang dibangkitkan oleh G25 mengenai Perlembagaan dan rasuah," kata Marina.

Kumpulan terkenal Melayu telah dikritik oleh pemimpin-pemimpin politik dan agama kerana menentang undang-undang Syariah yang didakwa menceroboh ke dalam domain peribadi seseorang, dengan memetik undang-undang khalwat.

Marina berkata pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap orang-orang yang mengancam untuk melakukan serangan seksual terhadap Noor Farida berhubung komennya Ahad lepas.

"Ini merupakan trend yang buruk kerana setiap kali seorang wanita mengatakan sesuatu mengenai isu-isu itu, mereka mahu buat ugutan.

"Saya tidak faham ... adakah mereka tidak malu untuk mengatakan perkara-perkara seperti merogol orang?" tanya Marina.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain