suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Ditemui Dengan Leher Tertusuk Gunting

- Gambar hiasan

SUBANG JAYA: Anggota bomba bergegas memberikan bantuan kepada seorang lelaki yang ditemui dengan lehernya tertusuk gunting di sebuah rumah di USJ 5 di sini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, enam anggota bomba tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah malam Ahad selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira 15 minit sebelum itu.

"Lelaki berusia 35 tahun itu ditemui masih dalam keadaan sedar di bilik mandi dengan gunting masih terlekat di lehernya.

"Dia telah diserahkan kepada kakitangan perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan lanjut," kata Mohd Sani.

Laporan awal oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat menolak ia sebagai perbuatan jenayah.

gunting, Bomba dan Penyelamat

Artikel Lain