suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tugas Timbalan Bantu Presiden, Kata Najib Kepada Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pemimpin kanan Umno termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membantunya menjalankan tugas mentadbir parti.

Menurut Presiden Umno itu, Muhyiddin selaku timbalannya terikat dengan tugas yang diamanahkan kepadanya menurut Perlembangaan parti itu.

“Dimaktubkan dalam Perlembagaan parti bahawa amanah besar dan tanggungjawab yang terpikul di bahu seorang presiden melalui fasal 9.8.1, adalah menjadi pemimpin utama dan bertanggungjawab menjaga kesempurnaan perjalanan parti.

"Manakala, fasal 9.8.2 dengan terang memperincikan tanggungjawab dan amanah utama bagi seorang timbalan presiden itu dengan menyebut, timbalan presiden membantu tugas-tugas presiden,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2015 di sini.

Selain itu, Najib turut memperincikan tugas dan peranan yang harus dimainkan oleh naib-naib presiden dan ahli Umno secara keseluruhannya.

“Tanggungjawab dan hak ahli-ahli Umno ialah memegang teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya serta berhak mengemukakan pendapat kepada parti, tetapi mestilah melalui saluran yang betul,” katanya.

Peringatan Najib itu dilihat merujuk kepada situasi politik yang berlaku dalam Umno sejak kebelakangan ini khususnya selepas Muhyiddin dan seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal digugurkan daripada Kabinet.

Keputusan itu dibuat Najib susulan tindakan kedua-dua pemimpin kanan tersebut mempersoalkan mengenai isu kontroversi membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana politik berjumlah RM2.6 bilion.

Terbaharu, Muhyiddin dan Shafie turut senada meminta Najib berehat sehingga siasatan berhubung kedua-dua isu berkenaan selesai.

Artikel Berikut

Artikel Lain