suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perwakilan Nak Tengok Muhyiddin-Najib Berpeluk

KUALA LUMPUR: Perwakilan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir merayu kepada Tan Sri Muyiddin Yassin dan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya saling berpelukan di hadapan ribuan perwakilan semasa ucapan penggulungan presiden sebagai isyarat berdamai.

Gesaan tersebut mendapat sorokan dan tepukan gemuruh perwakilan yang hadir pada sesi perbahasan ucapan dasar presiden semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini Khamis.

"Masa ucapan penangguhan presiden, presiden dan timbalan presiden kena berpelukan di hadapan kami.

"Kami di bawah ini nak bagi nasihat kat yang di atas.Ini bukan main-main. Kami sebulat suara mahu yang di atas berbaik semula," katanya dalam nada seloroh.

Malah, beliau turut menasihatkan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno supaya tidak lagi mengadakan 'roadshow' mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebaliknya, Musa meminta Muhyiddin supaya membantu memperkukuhkan Umno dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU-14).

"Timbalan Presiden jangan ada roadshow lagi, jangan bangkitkan soal 1MDB. Jangan sampai kami buat keputusan adakan mesyuarat khas, mai kami buat betoi," selorohnya.

Kenyataan tersebut sekali lagi mengamatkan suasana di dalam dewan perbahasan.

Artikel Lain