suria

MH370 Mungkin Alami Gangguan Kuasa Tiba-Tiba - Laporan

PETALING JAYA: Satu laporan baharu oleh pihak berkuasa Australia mengatakan bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 mungkin mengalami gangguan bekalan kuasa secara tiba-tiba, melumpuhkan sistem utama pesawat.

Sebelum kehilangan kuasa, anak-anak kapal mempunyai hubungan dengan pengawal trafik udara dan kapal terbang itu secara automatik dapat menghantar kedudukannya.

Tetapi selepas kegagalan kuasa, komunikasi dengan juruterbang terhenti.

Transponder pesawat, yang menghantar kedudukan pesawat secara berterusan, dan sistem berasingan yang melaporkan keadaan sistem kritikal dalam jangka masa setengah jam, kedua-dua berhenti berfungsi.

Menurut laporan 22 muka surat oleh Biro Pengangkutan Australia, terdapat empat kemungkinan sebab yang menyebabkan gangguan kuasa terhadap Unit Data Satelit (SDU).

Pertama adalah kegagalan secara tiba-tiba yang menyebabkan Unit Kuasa Tambahan (APU)pesawat melakukan auto-start.

Punca kedua yang mungkin adalah tindakan di dalam kokpit menggunakan suis di atasnya.

Ketiga, seseorang telah menarik pemutus litar di bay peralatan dan elektronik dan kemudian melakukan 'reset'.

Dan akhir sekali, kegagalan teknikal sekali-sekala.

Selepas kegagalan kuasa, laporan itu berkata, sejumlah kecil bahan api boleh diperolehi APU selepas enjin sebelah kiri terbakar.
MH370, gangguan kuasa, transponder

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain