suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh Ditahan Dalam Serbuan Vape Ganja

KUALA LUMPUR: Dua pasangan berkahwin merupakan antara tujuh individu yang ditahan dalam serbuan "vape ganja" pada Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kedua-dua pasangan itu didapati positif dadah.

"Mereka ditahan selepas Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) membuat serbuan terhadap operasi sindiket di Banting, Ampang dan Kelana Jaya.

"Suspek termuda yang ditahan berumur 26 tahun dan merupakan pelajar juruteknik mekanikal," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Beliau berkata, sindiket itu menjalankan operasi sejak Ogos lalu dan mendapatkan pelanggan mereka secara dalam talian dan mengirimkan produk melalui penghantaran pos.

Dilaporkan terdapat 214 botol cecair vape dipercayai dicampurkan dengan ganja dirampas dalam serbuan pada Isnin lalu.

vape

Artikel Sebelum

Artikel Lain