suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Nafi Sahkan Kejadian Curah Minyak Di Lebuh Raya KL-Karak

KUANTAN: Polis pada Selasa menafikan terdapat kegiatan mencurah minyak ke atas jalan raya di Kilometer 72 hingga 74 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak sebagaimana yang didakwa pihak tertentu dalam laman sosial Facebook 'Kelab Info Trafik'.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata pihak polis juga tidak mengesahkan insiden itu dan sehingga kini, polis tidak menerima sebarang aduan yang khusus berkaitan perkara itu.

"Bagaimanapun, pihak polis akan memantau dan menjalankan siasatan ke atas perkara ini, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya berhati-hati dan perlahankan kenderaan di laluan yang berselekoh," katanya.

Mohamad Mansor turut meminta para pengguna lebuh raya supaya mematuhi had laju yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kenderaan hilang kawalan sekiranya dipandu laju terutamanya semasa hari hujan.

Karak, Curah Minyak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain