suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Ditemui Rentung Dalam Kebakaran

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Kemajuan Kampung Likas, pagi Selasa.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata mayat Luminis Lamjari, 58, ditemui anggota bomba sebaik sahaja api dipadamkan.

Katanya, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.45 pagi dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah berkeluasan 2.04 x 1.11 meter persegi jenis tidak kekal telah terbakar kira-kira 90 peratus," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Affendy berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Likas, Kebakaran

Artikel Berikut

Artikel Lain