suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umno Gopeng: Ambil Tindakan Terhadap Muhyiddin, Dr M

Hamzah Mohd Kassim

IPOH: Umno Bahagian Gopeng menggesa tindakan disiplin turut diambil terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Gesaan itu dibuat susulan pemecatan bekas Ketua Wanita Umno Gopeng, Datuk Hamidah Osman daripada parti.

Ketua Bahagiannya, Datuk Hamzah Mohd Kassim berkata, cadangan memecat timbalan presiden dan keahlian parti bekas perdana menteri itu sebenarnya telah diserahkan kepada Majlis Tertinggi Umno oleh bahagiannya empat bulan lalu.

"Kami menerima keputusan penyingkiran Hamidah secara sebulat suara.

"Tetapi kita rasa tindakan yang sama perlu dilakukan kepada Muhyiddin dan Dr Mahathir kerana mereka bertindak bertentangan dengan peraturan-peraturan parti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Umno Bahagian Gopeng di sini Rabu.

Hamzah menegaskan walaupun perbezaan pendapat bukan sesuatu yang luar biasa, namun mereka sepatutnya bertindak mengikut peraturan parti dan menggunakan saluran yang betul apabila menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Apa hak yang mereka ada apabila secara terbuka meminta pemimpin kami meletak jawatan apabila beliau dipilih oleh ahli-ahli Umno dan rakyat untuk memimpin negara kita?" katanya.

Selain itu Hamzah menegaskan bahawa penyingkiran daripada Umno tidak akan memberi kesan negatif di kalangan ahli-ahli Umno.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Ziana Zain dapat gelaran Datuk