suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagi Rakaman Buli Tersebar

PETALING JAYA: Satu lagi rakaman seorang pelajar sekolah dibuli tersebar di laman media sosial.

Video tersebut yang disiarkan dalam laman Facebook "Friends of Barisan Nasional" pada pukul 7.30 malam Ahad mendapat lebih 800 komen netizen yang mengutuk perbuatan tersebut.

Malah, video tersebut dilihat lebih 48,000 kali dan dikongsi sebanyak 2,000 kali.

Difahamkan insiden tersebut berlaku di dalam sebuah surau sekolah rendah di Besut, Terengganu.

Dalam video sepanjang enam minit itu, seorang murid lelaki yang memakai pakaian seragam berwarna coklat ditendang dan dipukul beberapa murid lain.

Sepanjang video itu, sekumpulan murid dilihat berlari ke arah mangsa sebelum memukulnya di bahagian belakang dan leher.

Beberapa bunyi bising turut kedengaran di dalam rakaman video itu.

Malah mangsa turut ditendang dibahagian perut berulang kali.

kes buli, sekolah rendah, PDRM

Artikel Lain