suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

60 Rumah Di Puncak Alam Dinaiki Air

SHAH ALAM: Kira-kira 60 buah rumah di Taman Lautan Samudera, Puncak Alam dekat sini dinaiki air setinggi satu meter berikutan hujan lebat sejak petang Ahad.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan daripada penduduk setempat berhubung kejadian itu kira-kira 8.25 malam Ahad.

"Buat masa ini kerja-kerja memindahkan mangsa menggunakan bot sedang giat dijalankan dan kesemua mangsa kini di tempatkan di Surau Al Zaharah Puncak Alam," katanya.

Beliau berkata laluan berhampiran pasar raya Econsave Puncak Alam yang turut dilanda banjir kilat, telah beransur pulih.

Katanya sebanyak 11 anggota bomba dan penyelamat daripada tiga balai bomba dan penyelamat terlibat dalam operasi berkenaan. - BERNAMA


banjir kilat, Puncak Alam

Artikel Lain