suria

PM Setuju SPRM Ambil Keterangan Dalam Masa Terdekat - Abu Kassim

Tan Sri Abu Kassim Mohamed
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mencari tarikh yang sesuai untuk merakamkan keterangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Ketuanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata suruhanjaya itu telah pun menyatakan hasratnya untuk merakamkan kenyataan Najib sejak beberapa bulan lalu.

"Perdana Menteri telah bersetuju untuk itu dan kami sedang mencari hari dan masa yang sesuai untuk menjalankan sesi tersebut.

"Kami berharap untuk menyiapkannya menjelang akhir tahun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis untuk meraikan pelatih SPRM, di sini, Khamis.

Beliau mengulas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa beliau mahu SPRM menyelesaikan siasatannya ke atas SRC International Sdn Bhd pada akhir tahun ini.

Artikel Lain