suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Kolej Maut Pada Hari Lahir

BUTTERWORTH: Seorang pelajar kolej maut dalam kemalangan selepas mangsa tercampak dari kereta yang dipandunya ketika melalui Jambatan Pulau Pinang.

Tambah menyedihkan apabila mangsa, Loh Keang Guang maut pada hari lahirnya yang ke-18 pada Rabu.

Rakan mangsa, Chuah Yee Chen, 19, Ng Jun Hong, 19, Jason Teoh, 15 dan Ooi Chia Jie, 19 mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Seberang Jaya, begitu juga mayat Keang Guang pula dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat.

Mereka dipercayai dalam perjalanan pulang ke Bukit Mertajam.

Timbalan Ketua Polis Trafik Pulau Pinang Superitendan Tan Boon Hooi berkata, kereta yang dinaiki dipercayai melanggar bahagian kiri pembahagi jalan di jambatan itu sebelum hilang kawalan.

"Loh tercampak dari pintu pemandu. Dia jatuh ke kawasan lumpur di bawah jambatan, ketika itu air laut surut," katanya.

Artikel Lain