suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Permainan Bentuk Babi Diganti Dengan Bentuk Burung

GEORGE TOWN: Beberapa buah alat permainan yang berbentuk babi telah dialihkan dari kawasan di Esplanade, selepas gambarnya menjadi viral di media sosial.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) segera menggantikan permainan spring berbentuk babi untuk ditunggang itu dengan permainan berbentuk burung di taman permainan di Esplanade pada Sabtu.

Setiausaha Gabungan NGO Islam Pulau Pinang (GNIPP) Ahmad Yakqub Nazri berkata, beliau terkejut apabila melihat struktur pada permainan itu.

"Mereka yang memasang alat permainan tersebut jelas tidak sensitif kepada umat Islam di negeri ini," katanya.

Setiausaha MBPP Ang Aing Thye berkata, pegawai yang bertanggungjawab bagi projek itu telah dimaklumkan untuk mengemukakan laporan.

"Kami sedang menyiasat perkara itu. Tindakan akan diambil terhadap mereka yang didapati bersalah," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain