Pembebasan Mangsa Culik Tak Libatkan Wang Tebusan - Semasa | mStar

Pembebasan Mangsa Culik Tak Libatkan Wang Tebusan

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
MANCHESTER: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembebasan mangsa culik Thien Nyuk Fun oleh kumpulan penculik di selatan Filipina tidak melibatkan pembayaran wang tebusan sebaliknya hasil rundingan antara pihak berkuasa Malaysia dengan kumpulan penculik terbabit.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kejayaan membebaskan mangsa culik itu juga hasil kerjasama rapat dengan pihak berkuasa Filipina.

"Penculikan telah dapat diselesaikan bagi seorang mangsa namun seorang lagi mangsa belum dapat dilepaskan. Rundingan terus dijalankan oleh pihak kami, dan tidak ada jumlah wang tebusan yang terlibat melainkan melalui rundingan-rundingan oleh pihak kami.

"Kami yakin jika pihak penculik bermurah hati untuk tidak mengenakan syarat-syarat yang ketat, maka kami harap seorang lagi mangsa culik dapat dilepaskan dalam waktu yang terdekat,' katanya ketika diminta mengulas mengenai pembebasan Thien di sini pada Isnin malam.

Ahmad Zahid yang sedang dalam rangka lawatan empat hari ke United Kingdom, berada di sini kerana menghadiri jamuan malam bersama-sama diaspora Malaysia.

Hampir 200 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di UK menghadiri jamuan itu.

Thien, 50, yang juga pengurus Restoran Ocean King di Sandakan, Sabah ialah  antara dua yang diculik di premis itu pada Mei lepas.

Seorang lagi ialah pelanggan restoran, Bernard Then Ted Fen, 39, dari Sarawak, yang belum dibebaskan.

Ditanya apa yang diminta kumpulan penculik sebagai balasan untuk pembebasan Thien jika mereka tidak meminta wang tebusan, Ahmad Zahid berkata, mereka mengenakan banyak syarat terutamanya berkaitan aspek keselamatan dan aspek peribadi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain