suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Beronani Di Pandan Indah Ditahan

AMPANG: Polis menahan seorang pelajar kolej berhubung video yang menunjukkan seorang lelaki berbogel melakukan onani di bahagian belakang rumah jirannya di Pandan Indah.

Lelaki berusia 19 tahun itu ditahan di rumahnya di kawasan itu petang Isnin selepas dia telah dikenal pasti sebagai lelaki dalam video yang telah tersebar di media sosial.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, lelaki itu mengaku melakukan perbuatan dalam video itu tetapi mendakwa ia adalah kali pertama dia melakukan perkara seperti ini.

"Kami menahannya untuk siasatan lanjut," kata Khairuldin.

Rakaman CCTV itu menunjukkan seorang lelaki tanpa pakaian muncul dari semak di bahagian belakang rumah dan berjalan ke tingkap dapur rumah jiran sebelum mengusap-usap kemaluan sendiri.

Lelaki itu kemudian berundur ke dalam semak dan kembali sekali lagi untuk mengintip di bahagian dapur rumah tersebut.

Tindakannya disedari penghuni rumah itu yang melihatnya di CCTV yang disambung di televisyen dalam rumah.

Lelaki itu melarikan diri apabila mereka menjerit kepadanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain