suria

Debat: Tony Pua Dedah 10 Soalan Untuk 1MDB

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendedahkan 10 soalan yang perlu dijawab oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.

Menurut pemimpin DAP berkenaan, pendedahan soalan itu dibuat bagi memberi ruang kepada Arul untuk melalukan persedian sebelum kedua-dua mereka bersemuka dalam pentas debat.

"Sementara kita menunggu bila ia dapat diadakan, beliau boleh menyediakan jawapan yang diperlukan sama ada semasa menjawab atau ucapan perbahasan.

"Dengan cara ini Arul tidak boleh berpura-pura tidak tahu atau memberi alasan bahawa dokumen berkaitan tiada bersamanya bagi memberikan jawapan yang diperlukan," kata Pua menerusi kenyataan yang dimuat naik di blognya pada Selasa.

Selain itu itu Pua mengumumkan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching dam Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming akan bertindak mewakilinya bagi membincangkan mengenai format debat berkenaan.

Khamis lepas, Arul dalam kenyataannnya berkata beliau sedia berdebat dengan Pua secara langsung di televisyen dengan syarat anggota Parlimen Petaling Jaya Utara daripada DAP itu meletak jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Bagaimanapun pada Sabtu, Arul menyatakan persetujuan untuk berdebat dengan Pua tanpa sebarang syarat, dengan menarik balik syarat terdahulu untuk Pua meletakkan jawatannya sebagai ahli PAC.

Pada masa sama, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersedia menyiarkan siaran langsung debat mengenai 1MDB antara Arul dan Pua.

Tony Pua, Arul Kanda Kandasamy

Artikel Sebelum

Debat 1MDB Dicadang Jumaat Ini

Artikel Berikut

Artikel Lain