Maut Dirempuh Kren: Hati Bapa 'Luluh' Lihat Selipar, Darah Di Tepi Jalan - Semasa | mStar

Maut Dirempuh Kren: Hati Bapa 'Luluh' Lihat Selipar, Darah Di Tepi Jalan

ALOR SETAR: Dua penunggang motosikal maut apabila dirempuh sebuah kren dari belakang berdekatan simpang lampu isyarat di Jalan Gangsa, di sini.

Lokman Abu Bakar, 26 maut di tempat kejadian manakala Abdul Hamid Hussain, 63 meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah.

Kren yang dipercayai mengalami masalah brek itu merempuh dua motosikal dan dua kereta dalam kejadian pukul 8.30 pagi semalam. Dua pemandu kereta yang terlibat tidak mengalami kecederaan.

Bapa Lokman, Abu Bakar Mat Isa, 67 berkata anaknya keluar untuk membeli nasi lemak pada pukul 8.30 pagi.

"Saya risau apabila dia tidak balik rumah pada pukul 10.30 pagi. Jadi, saya keluar untuk mencarinya.

"Apabila saya sampai di Jalan Gangsa, hati saya hancur selepas melihat topi keledar dan selipar miliknya berada di tengah jalan.

"Saya tahu ada sesuatu yang sedang berlaku kepada dia," katanya.

Menurut Abu Bakar, beberapa pegawai polis mungkin sedang menunggu di rumahnya apabila dia pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Superintenden Rohana Omar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Alor Setar , Kemalangan

Artikel Sebelum

Debat Tidak Bersihkan Masalah 1MDB - PAS

Artikel Berikut

Penduduk Terkejut Kereta Disimbah Asid

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

"Kami sudah beri yang terbaik" - Aidil