suria

Pemandu Teksi Bangunkan Aplikasi Baharu Tarik Penumpang

PETALING JAYA: Satu aplikasi baharu untuk pengguna dan pemandu teksi yang dikenali sebagai MesraCab akan diperkenalkan di Lembah Klang tidak lama lagi.

Dibangunkan sepenuhnya oleh pemandu teksi, ia diharapkan dapat menarik semula pengguna yang sering menggunakan aplikasi seperti Uber dan GrabCar sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

"Aplikasi ini menggunakan 100 peratus teksi bermeter yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat," kata Setiausaha Agung Persatuan Pemandu Teksi Aplikasi Kuala Lumpur (Pertapps) Apriman Darlis kepada The Star.


Beliau berkata demikian selepas bercakap dengan lebih 100 pemandu teksi di Kampung Sungai Kayu Ara yang hadir mendaftar sebagai pemandu untuk aplikasi itu.

Beliau berkata Jawatankuasa Tindakan Pemandu Teksi Lembah Klang, yang merupakan penggerak utama di sebalik aplikasi itu mahu melancarkan MesraCab pada Februari ini.

Tidak seperti aplikasi lain, MesraCab akan memberi kuasa kepada pengguna untuk memilih teksi mana yang mereka mahu untuk melakukan perjalanan selepas melihatnya di peta.

MesraCab juga akan mengenakan yuran tempahan RM2 untuk panggilan yang berjaya dan wang itu akan diberikan kepada pemandu yang mengambil penumpang.

Pemandu yang datang semalam diberitahu supaya mendaftar dengan salah sebuah daripada 23 persatuan, yang mewakili kira-kira 15,000 pemandu yang berada di bawah naungan jawatankuasa itu.

Hanya selepas pendaftaran itu, mereka akan dibenarkan untuk menjadi pemandu MesraCab.

"Ini supaya jawatankuasa boleh membantu mengawal industri."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain