suria

Kes Culik: Budak 13 Tahun Bantu Polis Buru Suspek

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes culik seorang kanak-kanak lelaki di Wangsa Maju dan hanya bergantung kepada maklumat seorang saksi berusia 13 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintenden Mohamad Salahuddin Che Ali berkata pegawainya masih cuba memahami mengapa kanak-kanak itu dibebaskan hanya 30 minit selepas insiden cuk di Kampung Padang Balang, petang Jumaat.

Katanya, saksi tunggal kes culik tersebut adalah budak lelaki berusia 13 tahun yang kebetulan sedang bermain di lokasi kejadian.

"Gambaran mengenai suspek tidak lengkap. Dia berkata kedua-dua suspek bertubuh kurus dan mungkin orang Melayu. Mereka berada di atas motosikal ketika menculik kanak-kanak itu.

"Kami masih mencari jalan lain untuk mendapatkan gambaran mengenai suspek dan mengapa mereka bertindak meninggalkan kanak-kanak itu begitu cepat selepas menculiknya.

"Mungkin mereka takut selepas mendapati polis sedang memburu mereka," katanya.

Motif penculikan masih belum diketahui sehingga hari ini.

Kanak-kanak lelaki warga Indonesia itu ditemui hanya dua kilometer dari rumahnya yang ditinggalkan di perhentian bas di Batu 4, Jalan Gombak kira-kira pukul 7 malam.



culik, Kampung Padang Balang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain