suria

Topeng Muka Tiruan Bernilai RM10,745 Dirampas

Gambar hiasan.

LABUAN: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Labuan merampas 2,149 topeng muka tiruan bernilai RM10,745 daripada dua premis menjual alat perkakasan di pusat bandar ini pada Selasa.

Ketua pegawai penguatkuasa negeri Mohd Fikri Lai Abdullah menyifatkan rampasan barangan jenama 3M 8210 itu adalah terbesar pada tahun ini, membabitkan produk tiruan.

Bercakap kepada pemberita pada Rabu, beliau berkata rampasan itu adalah menerusi operasi selama satu hari, berikutan aduan daripada pengguna.

Katanya berdasarkan siasatan awal, topeng muka tiruan itu dijual pada harga RM5 berbanding RM6 bagi produk tulen. - BERNAMA

topeng tiruan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain