suria

Tindakan Saifuddin Rahmat Kepada Umno - Ahmad Bashah

Saifuddin Abdullah

ALOR SETAR: Tindakan bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah menyertai PKR merupakan satu rahmat kepada Umno, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Ahmad Bashah, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, berkata tindakan itu tidak merugikan Umno dan tidak akan mengganggu-gugat kesetiaan anggota terhadap parti.

"Saya yakin kemasukan beliau dalam PKR tidak menjejaskan apa-apa kerana anggota Umno pandai membuat penilaian dan percaya pengikutnya (dalam Umno) tidak akan mengikut tindakannya menyertai PKR," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Mergong pada Ahad.

Dalam majlis itu, beliau menyampaikan anugerah cemerlang kepada 553 pelajar selain merasmikan Kabin Bilik Guru bernilai RM2,000 hasil sumbangan Perbadanan Nasional Berhad.

Umno, menurut Ahmad Bashah, tidak memerlukan pemimpin seperti Saifuddin, yang terbukti tidak memiliki jiwa dan semangat seorang anggota UMNO apabila menyertai parti pembangkang.

Pada 15 Oktober lepas, bekas anggota Parlimen Temerloh itu secara rasmi mengesahkan penyertaannya dalam PKR semasa sidang media di ibu pejabat parti pembangkang itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain