suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ekstradisi Pakar Penggodam IS Perlukan Masa - KPN

Ardit Ferizi
KUALA LUMPUR: Bukit Aman perlu mematuhi prosedur ketat sebelum mengekstradisi suspek penggodam militan Negara Islam (IS) ke Amerika Syarikat (AS), kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, beberapa langkah harus dipatuhi kerana pelajar warganegara Kosovo berusia 20 tahun itu adalah satu ancaman keselamatan.

"Saya tidak menjangkakan sebarang masalah untuk mengekstradisi suspek ke AS tetapi kita masih tidak pasti bila ia akan selesai," katanya.

Khalid, pada Khamis berkata suspek telah ditahan pada 15 September lalu ketika cuba mendapatkan maklumat sulit tentang pasukan keselamatan AS.

"Lelaki itu yang datang ke Malaysia pada Ogos atas alasan mahu melanjutkan pengajian dalam bidang sains komputer dan pengkomputeran forensik telah ditahan oleh pegawai Cawangan Khas Anti-Keganasan Bukit Aman.

"Dia berkomunikasi dengan pemimpin tertinggi IS di Syria dan kami percaya dia sedang cuba menggodam klasifikasi maklumat ke atas pasukan keselamatan Amerika," katanya.

The Star juga melaporkan bahawa suspek yang dikenali sebagai Ardit Ferizi, menubuhkan sel untuk menceroboh masuk laman web milik kerajaan Kosovo dan server Hotmail.

Sumber mendedahkan bahawa penggodam, yang juga dikenali dengan nama 'Th3Dir3ctorY', telah membuat penggodaman sejak berusia 10 tahun dan mengasaskan sel itu lima tahun kemudian.

Sejak Februari 2013, polis telah menahan 123 suspek militan di Malaysia.

Selain Kosovo, mereka yang lain yang ditahan termasuk dari Indonesia dan beberapa negara-negara Timur Tengah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keperluan Beri Vaksin

Artikel Lain