suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mekanik Mengaku Tidak Bersalah Rogol Pelajar OKU

KUALA LUMPUR: Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin terhadap pertuduhan merogol seorang pelajar orang kurang upaya (OKU) berusia 15 tahun yang juga jirannya, bulan lepas.

Faairuz Jamaluddin, 25, didakwa merogol remaja perempuan yang merupakan pelajar tingkatan tiga sekolah pendidikan khas di rumahnya di Lembah Pantai, Brickfields di sini, pada pukul 4.30 petang, 29 September lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Ping memohon tertuduh tidak diikat jamin memandangkan dia mengenali mangsa.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar dia dibenarkan diikat jamin atas alasan perlu menjaga ibunya yang sudah tua.

Hakim Datin Kunasundary Marimuthu membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin dan melarang tertuduh mendekati mangsa atau keluarga mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 9 November untuk sebutan semula kes.

Artikel Lain